PENGENALAN
Media sosial adalah saluran komunikasi yang dapat menyampaikan maklumat dalam bentuk penulisan, gambar atau video kepada orang ramai dalam masa yang singkat. Aplikasi ini dicipta selepas wujudnya komputer dan rangkaian internet ini mampu menghubungkan seseorang tanpa batasan dan juga masa. Ia juga merupakan medium komunikasi pilihan masyarakat tidak kira tua ataupun muda pada abad ini sehinggakan ia menjadi keutamaan dalam hidup masyarakat. Malahan, ada juga yang menjadikan media sosial sebagai kerjaya mereka untuk mendapatkan wang saraan kehidupan masing-masing.
Persoalannya, apakah tatacara penggunaan media sosial berlandaskan Qawaid Fiqh? Sebagai umat Islam, kita seharusnya merujuk segala perbuatan kita di dunia ini dengan ajaran Islam supaya kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan betul. Qawaid Fiqh ialah satu ilmu yang sangat penting untuk dipelajari oleh setiap mukallaf walaupun sekadar umum.
Menurut ulama usul fiqh maksud qawaid adalah hukum kulli yang bersifat umum yang dipraktikkan ke atas semua hukum untuk mengetahui hukum daripadanya. Secara ringkasnya, Qawaid Fiqh adalah himpunan pelbagai masalah di bawah satu asas dan menjadi penetapan sesuatu hukum-hakam fiqh daripada pelbagai masalah baharu yang timbul pada masa kini agar masyarakat kita tidak lagi khawatir untuk menyelesaikan sesuatu masalah denga adanya rujukan yang sahih.
No comments:
Post a Comment