ISU-ISU SEMASA DI MEDIA SOSIAL

1) Fitnah

    Menurut kaji selidik yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, sebanyak 28 juta pengguna telah direkodkan bersamaan 86% daripada penduduk di Malaysia sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lalu dan akan terus meningkat dari masa ke semasa. Hal ini akan menimbulkan beberapa isu yang besar kerana media sosial ini boleh diakses dimana-mana sahaja oleh setiap peringkat umur. Oleh itu, kita sebagai pengguna yang telah didik dengan ajaran Islam haruslah bijak menggunakan media sosial ini agar ia tidak menjadi seperti gudang dosa akan tetapi menjadi gudang pahala.

    Perkara ini dikatakan kerana masyarakat lebih suka menggunakan media sosial untuk membincangkan isu yang sia-sia dengan kata lain bergosip dan boleh menjurus kepada timbulnya fitnah. Hal ini jelas sekali telah lari daripada qawaid fiqh kerana mempunyai kemudaratan dan tujuan yang bertentangan dengan tujuan asal penciptaan media sosial ini. Isu ini turut dibincangkan oleh para ilmuan dan para alim ulama di Malaysia. Mereka menyatakan bahawa perbuatan ini telah menjadi seperti wabak yang akan memakan diri kita sendiri kerana kesalahan daripada penyebaran maklumat yang salah boleh menjurus kepada fitnah dan hanya akan mendatangkan kemudaratan dan dosa kepada setiap orang yang membaca dan mempercayainya.

   Antara firman Allah SWT yang menyatakan tentang fitnah ialah:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”

(Surah al-Hujurat, ayat 6)

    Seharusnya media sosial digunakan untuk menjadi laman ilmu dan taman perkongsian maklumat yang sahih sifatnya serta bermanfaat kepada semua orang. Hal ini kerana setiap daripada perbuatan baik yang dilihat oleh orang lain akan mendatangkan kebaikan kepada kita seperti anak sungai pahala yang sentiasa mengalir kepada kita sekiranya perbuatan itu dicontohi seperti sabda Rasulullah SAW:

مَ ن دَ ل عَلَى خَ ي ر فَلَه مِث ل أَ جرِ فَاعِلِهِ .

Maksud:“Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."

(Riwayat Muslim)


2) Jual beli atas talian

    Dalam pascar pembangunan dan memburu kemajuan teknologi dunia, media sosial jugak sentiasa dinaiktaraf dari masa ke semasa agar terus dapat memudahkan urusan harian kita. Dikesempatan itu, urusan jual beli jugak tidak terkecuali daripada pembaharuan dan penambahbaikan ini seperti TikTok, Instagram dan Facebook. Akan tetapi, kita sebagai pengguna haruslah menurut tatacara yang betul dalam urusan jual beli yang berlaku agar tidak berlakunya perselisihan dengan ajaran Islam.

    Seharusnya peniaga dan pembeli mempunyai kesedaran dalam urusan jual beli dari sudut islam seperti hukum tawar menawar, persetujuan jual beli oleh kedua-dua belah pihak, dan mempunyai akad yang sah. Hal ini agar peniaga dan pembeli dapat mencapai kesepakatan dalam urusan jual beli sesuatu barangan yang dilakukan justeru mengelakkan berlakunya riba dan terdapat caj yang tersembunyi yang amat ditentang didalam Islam. Firman Allah S.W.T:

یَ ٰۤأیَُّهَا ٱل ذِینَ ءَامَن و ا لَ تَأۡ كل وٰۤ ا أَمۡوَ لَ كم بَيۡنَ كم بِٱلۡبَ طِلِ إِ لٰۤ أَن تَ كونَ تِجَ رَة عَن تَرَا ض من ك م

Maksud:“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”

[An-Nisa’: 29]

    Hal ini jugak selari dengan seruan Allah SWT di dalam dalil-Nya berkenaan berusaha dalam memudahkan urusan seharian kita yang bermaksud:

"Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi

(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati

daripada limpahan kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam

segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)."

[Surah al-Jumu‘ah, 62: 10]


3) Menjaga aib

    Aktiviti saling membuka pekung antara gejala tidak sihat dalam rumah tangga, apabila ada suami isteri mengambil kesempatan menggunakan kuasa viral di media sosial sebagai jalan penyelesaian konflik. Tindakan Hindun menemui Rasulullah S.A.W ialah kaedah terbaik mencari jalan penyelesaian kerana mendapatkan khidmat nasihat Baginda yang memiliki keperibadian amat tinggi, amat boleh dipercayai dan sentiasa menjaga aib orang sekeliling.

    Ibrah daripada kisah itu cukup mengingatkan suami isteri supaya tidak semberono meluahkan masalah rumah tangga, apatah lagi membincangkannya secara terbuka dalam media sosial bertujuan memburuk-burukkan pasangan. Menggunakan cara menghebahkan aib dalaman ke media sosial untuk mendapatkan pembelaan tidak akan menyelesaikan keadaan. Sedangkan jelas hukumnya atau mencari kaedah yang dibenarkan syarak seperti mengadu kepada wali atau kadi.

    Ahli motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, menjelaskan bahawa hal aib dalam mestilah menggunakan saluran betul seperti mendapatkan khidmat nasihat pejabat agama atau jika pasangan enggan berbincang, boleh terus ke mahkamah syariah bagi mendapatkan pembelaan. Sekiranya jalan terakhir ialah perpisahan, maka bulatkan tekad untuk ke Mahkamah Syariah dan usah buruk-burukkan pasangan, kerana ia menyukarkan lagi keadaan kerana membabitkan maruah.

    Sebagai umat Islam, kita haruslah menjaga aib sesama kita tidak kiralah di dalam alam maya mahupun realiti kehidupan.Dengan sebab itu Allah menyukai hamba-Nya yang menyembunyi keaiban dosa orang lain. Sabda Rasulullah:

مَ ن سَتَرَ م سلِ ما سَتَرَه اللَ فِي الدُّ نيَا وَالآخِرَة

Maksud:“Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslim yang lain, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.”

(HR Ibn Majah)


4) Menjaga aurat

    Bagi umat Islam perkembangan media sosial hari ini adalah satu rahmat kerana dengan adanya media sosial semua perkara menjadi mudah dan senang. Dalam Islam sendiri ada menyatakan bahawa umat Islam perlu bergerak pantas seiring dengan kemajuan teknologi agar pelakuan dan pemikiran kita membantu dalam memperkembangkan Islam seluruh dunia.

    Manusia kini menjadikan media sosial sebagai laman untuk mereka berkongsi gambar dan kenangan kepada orang awam seperti aplikasi instagram dan twitter.Kita juga tahu penggunaan media sosial kini bebas daripada semua peringkat umur.Fesyen adalah salah satu cara untuk remaja menyalurkan keinginan mereka terhadap kebebasan.Remaja kini gemar berkongsi gambar dengan fesyen-fesyen barat yang meyebabkan etika penutupan aurat mereka hilang kerana mudah terpengaruh.Kewajipan menutup aurat telah dijelaskan di dalam al-quran yang bermaksud:

Maksud:"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."

(OS Al-A'raf :26)

    Oleh itu, umat Islam perlu cerdik dan bijak dalam menilai dan memilih fesyen menggunakan akal berdasarkan syariat islam.Hal ini supaya masyarakat luar tidak memandang serong dengan agama islam kerana pakaian melambangkan identiti seseorang.


5) Media sosial bukanlah medium melepaskan perasaan

    Kemodenan dan kecanggihan teknologi telah memberi impak kepada cara manusia meluahkan perasaannya. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah berkembang saban tahun dan menjadikan ia lumrah serta tren kehidupan masyarakat pada hari ini sama ada positif dan negatif atau sebaliknya.Hal ini membimbangkan mereka berkongsi masalah peribadi tanpa segan silu di media sosial.

    Sosial media bukan tempat untuk kita meluahkan segala perkara yang berlaku setiap masa, ini secara tidak langsung mewujudkan perkara yang tidak profesional dalam etika media sosial. Walaubagaimanapun, kita boleh menggunakan media sosial sebagai alat untuk berkongsi perkara baik. Contohnya seperti berdakwah di media sosial agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat. Izharlah teknologi semakin canggih tetapi dengan cara kita berdoa atau beribadat kepada Allah adalah cara untuk kita bangkit dari ujian serta mendapat petunjuk.Allah telah berfirman

Manksud: "Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."

( QS. At-Taubah: 40 )

    Akhir sekali, Media sosial bukanlah tempat untuk kita meluahkan perasaan. Hal ini kerana, manusia bersifat tergesa-gesa, tidak dapat berfikir jernih sehingga mewujudkan unsur provokatif serta gambaran negatif terhadap kita. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa Allah yang memberi semua nikmat di muka bumi ini. Allah bersifat wujud dan baqa jadi hanya kepada Dia kita meluah dan memohon pertolongan.


6) Melayari web yang kurang berfaedah

    Kebanyakan remaja masa kini lebih cenderung untuk melayari laman web yang tidak berfaedah bagi memenuhi kehendak nafsu semata. Laman web tidak berfaedah seperti laman web pornografi adalah tarikan utama remaja masa kini. Kajian dijalankan dan data yang diperoleh sangat mengejutkan kerana hampir 80% golongan terlibat dengan unsur pornografi tersebut dan kebanyakan mereka adalah dalam kalangan kanak kanak bawah umur.

    Kewujudan laman web pornografi juga berkembang dalam media sosial. Peningkatan kewujudan akaun yang berkongsi bahan lucah adalah sangat menakutkan sehingga jika kita menekan di ruangan pencarian, pasti akan keluar cadangan laman atau akaun yang berunsur lucah. Perkara ini sangat bahaya kerana ia akan menyebabkan peningkatan gejala zina dan pembuangan bayi yang tidak berdosa. Nafsu serakah menjadi pilihan utama untuk mendapatkan kenikmatan dan kasih sayang yang tidak dapat diperoleh melalui keluarga, kawan atau masyarakat yang seringkali sibuk dengan media social masing-masing. Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah perbuatan yang sangat dikeji oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT:

وَلَ تَ قرَب وا ال ز ن ى اِن ه كَانَ فَاحِشَة وَسَاٰۤءَ سَبِ ي ل

Maksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat dan membawa kerosakan.”

(Surah al-Isra’, 17:32)

    Ketagihan melayari lama web lucah semakin menjadi-jadi. Kemudahan untuk menerima notifikasi yang berbaur lucah mudah diperolehi di laman yang tidak berkaitan. Sedangkan laman tersebut berkongsi maklumat berkaitan hukum agama tetapi iklan di laman tersebut menyebarkan perkara seks yang boleh meransang nafsu. Keburukan zina sangat memberi impak terhadap kehidupan masyarakat. Aktiviti seks bebas menyebabkan penyakit seperti HIV semakin menular terutamanya pada golongan lelaki. Kerosakan akhlak dek kerana kerana hilangnya maruah sebagai seorang lelaki dan perempuan. Aktiviti vandalisme menjadi tempat untuk mereka meluahkan perasaan. Pembuangan bayi dan lahirnya anak luar nikah semakin meningkat. Semua perkara ini adalah berpunca daripada media sosial yang menyebarkan bahan lucah yang merosakkan akal dan fikiran manusia

No comments:

Post a Comment

Pages