TATACARA MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL
Mengawal lisan bukanlah semudah yang disangka. Ditambah lagi dunia moden hari ini, ‘lisan’ tidak hanya pada tutur bicara namun ia juga pada ‘tulisan’ yang terhasil menerusi dari gerak jari jemari.
Malahan perbincangan tulisan pada hukum martabat bicara sudah wujud dari sudut fiqh dan ia diiktiraf selama mana zahir tulisan jelas maknanya tanpa ada bukti kecenderungan makna selainnya atau makna kedua. Makna kata, zahir tulisan yang tertera dihukum sebagaimana zahir tutur bicara seseorang.
Di media sosial khususnya, bukan mudah untuk mengawal pengguna media sosial dari menulis apa sahaja yang dikehendaki. Apatah lagi jika kebebasan bersuara ditafsirkan dengan kefahaman menyeleweng ialah suka hati nak cakap apa sahaja.Sedangkan dalam Islam, sesuatu hak atau kebebasan adanya garis panduan. Selama mana ia tidak melampaui maka ia diharuskan, jika melampaui batasan, maka ia dilarang.
Sebab itu, dalam mengawal lisan begitu juga tulisan, ia diikat dengan pasak keimanan. Walaupun dilihat remeh, namun panduan Hadis Rasulullah S.A.W mengingatkan dengan permulaan pasak keimanan bagi mengawal lisan sama ada bercakap baik atau diam dari bercakap perkara yang tidak elok serta sia-sia.
Hadis dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
من كان یؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خي را أو ليصمت
“Siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah sesuatu yang baik atau diam (dari perkara sia-sia dan tidak elok).”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment